SELAMAT DATANG PENGUNJUNG
Khamis, 19 Februari 2015
Jumaat, 13 Februari 2015
LOKASI KAMPUNG TALANG
Jom lihat...
LOKASI NEGERI PERAK |
LOKASI KAMPUNG TALANG DI DAERAH KUALA KANGSAR |
Lihat pautan ---> Taburan Penduduk 2010
Khamis, 12 Februari 2015
BAGAIMANA KE KUALA KANGSAR
A) Menggunakan Jalanraya
Lebuhraya Utara Selatan
Jalan Biasa ( Dari Utara, Selatan,
Barat dan Timur.)
B) Kenderaan Awam
Bas
Tempatan- Melalui pekan-pekan
terdekat seperti Taiping, Sungai Siput, Manong, Lenggong dan Gerik
Keretapi
Perkhidmatan Teksi Dan
Kereta Sewa
Rabu, 11 Februari 2015
Selasa, 10 Februari 2015
PEMBANGUNAN PERAK BAHAGIAN IV
BAHAGIAN IV
Koridor Timur Laut - Daerah Hulu Perak
dan Selama
FOKUS : PERTANIAN, EKO-PELANCONGAN
DAN PENYELIDIKAN
PRODUK :
- Penyelidikan pertanian, bioteknologi, perhutanan, perkayuan dan pembangunan institusi pendidikan
- Pulau Banding
- Royal Belum
- Kawasan Industri Bebas Cukai - Kawasan Perindustrian Northgate di Pengkalan Hulu
- Muzium Arkeologi Lenggong
Isnin, 9 Februari 2015
PEMBANGUNAN PERAK BAHAGIAN III
BAHAGIAN III
Koridor Tengah - Daerah Kinta, Perak
Tengah dan Manjung
- Bandaraya Ipoh, Batu Gajah dan Kampar
- Seri Iskandar dan Parit
- Bandar Lumut, Sri Manjung, Sitiawan dan Kawasan Perindustrian Acheh
FOKUS : KOMERSIAL, INDUSTRI,
INSTITUSI AWAM, SWASTA, INDUSTRI MARITIM,
PRODUK :
- Pusat Pentadbiran Negeri
- Pusat Kecemerlangan Pendidikan
- Pusat Pelancongan Antarabangsa
- Gugusan Pulau Sembilan - Taman Laut
- Lumut - Damar Laut - Segari
- Pusat Perindustrian
- Lumut -Bandar pelabuhan
Ahad, 8 Februari 2015
PEMBANGUNAN PERAK BAHAGIAN II
BAHAGIAN II
Koridor Selatan - Batang Padang dan
Hilir Perak
- Slim River - Tanjung Malim - sebahagian Lembah Bernam
- Tapah - Bidor - Sungkai
- Teluk Intan - Changkat Jong - Langkap
FOKUS : PENDIDIKAN, PERTANIAN
PELANCONGAN DAN INDUSTRI AUTOMOTIF
PRODUK :
- Bandar PROTON
- Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Institut Ukur dan Tanah Negara, Behrang
- Politeknik Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim
- Papaya Cluster
- Industri Perkapalan Kecil
- Jelapang Padi
- Hasil Perikanan
- Pelancongan
Sabtu, 7 Februari 2015
PEMBANGUNAN PERAK BAHAGIAN I
BAHAGIAN I
Koridor Utara - Daerah Kerian dan Larut
Matang dan Selama serta Kuala Kangsar.
- Koridor Perindustrian dan Perbandaran Taiping - Parit Buntar
- Bukit Merah dan Selama sebagai pemangkin
- Alor Pongsu / Bagan Serai - Selama dan Trong
FOKUS : INDUSTRI, PERUMAHAN DAN
PELANCONGAN
PRODUK :
- Pembangunan Tasik Bukit Merah
- Pembangunan Bercampur Lembah Beriah
- Pembangunan pelancongan yang berkonsepkan eko (hutan paya laut Kuala Sepetang dan Pemeliharaan Burung Kuala Gula) agro, warisan sejarah dan komersial (taman tema, zoo) dan kawasan peranginan tanah tinggi
- Bandar DiRaja (institusi dan sejarah)
- Industri Kecil dan Sederhana
Khamis, 5 Februari 2015
SEJARAH RINGKAS NEGERI PERAK BAHAGIAN II
BAHAGIAN II
Teks Perjanjian Pangkor Pada 20 Januari 1874
Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan.
Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu.
Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen.
Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut.
Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris.
Selasa, 3 Februari 2015
SEJARAH RINGKAS NEGERI PERAK BAHAGIAN I
BAHAGIAN I
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai
asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama
itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan
setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air'
yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini
sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di
buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud
pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan
satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah
Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun
sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke
masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan
jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama
Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian
seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan
dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman
Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain
kawasan di Tanah Melayu.
Selepas zaman ini, alam persejarahan
Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya
kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan
Beruas (wujud setelah Manjung luput). Begitu juga beberapa kerajaan
lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman.
Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini.
Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya
bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan
dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman
Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan
masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah
urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi.
Negeri Perak lebih dikenali setelah
kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di
Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini
ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan
perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan
yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun
temurun.
Implikasi dari perkembangan ekonomi ini
telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja
di lombong-lombong di negeri ini.
Inggeris yang telah lama menaruh hati
terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor
l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut. Dari campur tangan ini
sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch
sebagai Residen pertamanya.
Pada mulanya sistem Residen dijangkakan
mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang
menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak
mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk
Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875.
Sistem Residen masih juga diteruskan
sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri
Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun
l945.
Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun
menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat
berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak
yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya.
Selepas pendudukan Jepun di Tanah
Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah
dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di
kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan
kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran
seperti Malayan Union pada tahun l946.
Rakyat jelata mengembeling tenaga
bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang
habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris
mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957.
Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti
kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah
satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang
terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah
turun temurun.
Demi mengenang jasa pejuang-pejuang
kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun
pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan
diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air.
Langgan:
Catatan (Atom)