SELAMAT DATANG PENGUNJUNG
Sabtu, 23 Mei 2015
Isnin, 18 Mei 2015
Ahad, 17 Mei 2015
PROGRAM CELIK IT KAMPUNG TALANG 17 MEI 2015
PROGRAM INI DIADAKAN BAGI PENDUDUK KAMPUNG TALANG YANG INGIN BELAJAR MENGENAI TEKNOLOGI. ANTARA ASPEK YANG DIPELAJARI ADALAH PERKARA-PERKARA ASAS DALAM KOMPUTER SEPERTI PENGGUNAN PERISIAN MICROSOFT WORD, EXCEL DAN POWER POINT. DIHARAP PERKARA-PERKARA YANG DIAJARI INI DAPAT MEMBERIKAN SEDIKIT ILMU PENGETAHUAN DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI.
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.
Sabtu, 16 Mei 2015
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ: HIKMAH DARI PERJALANAN YANG AGUNG
SELAMAT MENYAMBUT HARI ISRAK DAN MIKRAJ
27 REJAB 1436 HIJRAH
BERSAMAAN 16 MEI 2015
Sebelum Israk dan Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj memang
menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada
kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang
dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada
Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.
Israk
Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui
Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram,
Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada
perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul
Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Tahun Dukacita
Peristiwa Israk dan
Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi
telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu
isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah
baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula
peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat
mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk
Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana
remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang
telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam,
kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya
sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin
jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang
membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj
bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika
baginda memerlukannya.
Pembedahan dada/Perut
Rasulullah S. A. W. mengalami
pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il.
Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam
('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian
dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin
nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama
Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa
yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk (Perjalanan
dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (Israk)
itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan
Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan
ialah:
i. Negeri Thaibah
(Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada
Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Perjalanan Israk/ Mikraj
Dalam perjalanan itu juga baginda
Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus
menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru
keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku
berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah
kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih
banyak.
Tempat yang berbau harum.
Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur
Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan
anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan
iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman
kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan
kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka
untuk sujud (sembahyang).
Sekumpulan orang yang hanya
menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka
dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu
dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang
memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi
mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri /
suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah
dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
Lelaki yang menghimpun seberkas
kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang
lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi
masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah
dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali
digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata
Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang
dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka
dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela,
menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar
dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian
menyesal, tapi sudah terlambat.
Seorang perempuan dengan dulang
yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak
memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi
perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
Seorang perempuan tua duduk di
tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W.
tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan
umurnya sampai ke tua.
Seorang perempuan bongkok tiga
menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa,
Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan
mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin
menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu
dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah
memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan
yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan
menjadi sesat.
Semasa Mikraj (Naik ke
Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah
dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga
pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
Langit Pertama: Rasulullah S. A.
W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Ada
A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta
anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka
sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina
perempuan.
Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan
Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan
Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga.
Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S
Langit Keempat: Naik tangga langit
keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
Langit Kelima: Naik
tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang
dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit
keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S.
Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat
melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang
masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit
ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim
Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh
beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S.
bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini.
Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu l HAULA WALA
QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S.
bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka,
syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima
kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH
ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL-
'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan
ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa
peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam
Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di
atas Baitullah di Mekah).
Tangga Kelapan: Di sinilah
disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok
Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak
dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi
oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula
sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda
masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik
penjaganya.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan
pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur
dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang
lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang
lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid
dan tidak memaki ibu bapanya.
Tangga Kesepuluh: Baginda
Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu
dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud.
Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah
: Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami
perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim
sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau
berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar
dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman
yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan
Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan
'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang
buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia
dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai
kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan
amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku
jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan
kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah
Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku
berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan
Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku
kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang
lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu
lima puluh (waktu) sembahyang.
Mengurangkan Waktu Solat
Selesai
munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S.
kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A.
W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan
jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap
kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan
sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit
dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang
Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam
perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang
amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada
malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.
Kesimpulan
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan
hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap
kali tibanya 27 Rejab . Adalah lebih penting untuk kita menghayati
pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang
baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj
yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran
seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan
Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia
mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai
kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat
Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut).
Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung
tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi
bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu
merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan
Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan
bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu
Alaihi Wasallam.
"Maha
Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati
sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari
tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar
lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)
LARIAN PERTABALAN 16 MEI 2015
LARIAN PERTABALAN
SEMPERNA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK XXXV PERINGKAT DAERAH KUALA KANGSAR
HARI:
SABTU 16 MEI 2015
HARI:
SABTU 16 MEI 2015
Langgan:
Catatan (Atom)