Isnin, 11 Mei 2015

TRADISI KAMPUNG TALANG MALAM RAYA



Dalam menyambut Bulan Ramadan yang akan kunjung tiba. Marilah sama-sama mengimbau warisan tradisi budaya yang telah lama diamalkan di Kampung Talang sejak dahulu lagi.
Bermain meriam oleh penduduk kampung Talang merupakan suatu tradisi. 

Bermain meriam ini akan bermula pada jam 12 tengah malam sehinggalah takbir Hari Raya. Ia dimainkan tanpa henti oleh penduduk kampung sama ada yang muda mahupun tua bagi meraikan sambutan Hari Raya.

Tradisi ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara penduduk kampung malahan sudah menjadi kebiasaan anak-anak muda kampung bermain meriam menunjukkan peribadi sebagai anak jati Kampung Talang.

Mari saksikan sedikit bingkisan mengenai tradisi bermain meriam di Malam Raya.

























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blogger Tricks